BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 30 October 2012

TAKAFUR SEJENAK ---ANTARA UNTA DAN MANUSIA

Apakah hikmah dan pengajaran yang boleh kita dapati daripada kejadian haiwan yang bernama unta? Al-Quran banyak mengulangi nama dan sifat unta. berikut adalah kajian secara ringkas ulama tentang sifat-sifat terpuji unta yang harus ditiru oleh manusia :
  1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi dan disebabkan itu ia mampu menempuhi padang pasir yang panas dan salji tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia harus mempelajari sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam
  2. Unta mentaati tuannya. Disebabkan itulah unta senang dipelihara. Justeru, manusia harus taat kepada ALLAH dan mengamalkan agama
  3. Unta mengenali tuannya dan mengingati tempat kembali jika tersesat. Dalam hukum jika terjumpa binatang yang sesat, maka boleh diambil untuk diiklankan kecuali unta. Ini kerana unta tahu jalan pulang. Justeru, manusia harus kenal dan tahu tempat kembalinya kelak iaitu akhirat
  4. Unta tidak akan mengawan di hadapan manusia kerana malu, bahkan jika ia tahu ada manusia yang mengintai ketika ia mengawan, ia akan marah dan mungkin akan membunuh orang tersebut. Maka jadilah seperti unta yang malu melakukan maksiat di hadapan khalayak
  5. Unta tidak akan berkongsi pasangan seperti haiwan lain. Maka, manusia juga harus menjaga maruah dalam berkeluarga
  6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling. Jika musim sejuk, kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula ia akan berasa selesa kerana dapat menyesuaikan diri. Oleh itu, manusia juga harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana sekeliling
  7. Unta mempunyai banyak manfaatnya seperti hati, daging dan susu. Justeru, manusia perlu menjadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun yang merosakkan bangsa dan negara

Monday, 29 October 2012

satu peringatan agar kau tidak alpa

Yang paling jauh bukannya bintang, matahari atau bulan. Tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi kenangan. Kelmarin yang terluput mengukir sesalan, yang ada hanya hari ini dan akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum pasti buat selama-lamanya